Saturday, October 16, 2010

WHITE WATER RAFTING
(Grade 3 & 4)
SUNGAI PADAS, TENOM SABAH







Friday, October 15, 2010

KOLEKSI HERBA-HERBA DAN UBAT-UBATAN
Herba-herba dan tumbuh-tumbuhan hutan ini sering di gunakan oleh masyarakat Kadayan samada untuk tujuan menambah tenaga atau kesihatan atau pun untuk tujuan rawatan alternatif bagi penyakit tertentu. Tetapi sebelum mencuba atau menggunakan herba-herba atau tumbuhan hutan yang dinyatakan di sini, perlu mendapat nasihat orang-orang yang arif tentang cara penggunaannya. Salah cara penggunaan boleh menyebabkan  kesan sampingan atau perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

 SIRIH
1001 satu kegunaan.

 HANJIWANG
Herba Mandian Ibu Selepas Bersalin

 MISAI KUCING
Dipercayai boleh menurunkan Darah Tinggi dan melancarkan peredaran darah.

 KUDUK-KUDUK
Dipercayai berkesan untuk menahan luka yang berdarah. Juga dapat menghilangkan kesan parut luka.

LANGGIYUH
Untuk mengaktifkan penghasilan dan melancarkan pengeluaran susu ibu yang baru bersalin.

MOYA
Dipercayai boleh menurunkan paras gula atau Kencing Manis.

PENGGAGA
Biasanya di makan sebagai ulam. Dipercayai boleh melambatkan kesan-kesan penuaan (Awet Muda) dan melancarkan pengaliran darah, menormalkan tekanan darah, membersihkan dan melawaskan kencing.

SAIMBANGUN
Sejenis herba mandian ibu-ibu yang baru bersalin. Boleh melancarkan pengaliran darah, memulihkan tenaga, mengurangkan rasa letih dan sakit-sakit badan.

PACAA @ POKOK INAI
Daunnya boleh dijadikan pewarna jari dan rambut (Inai). Selain itu iya juga boleh di jadikan mandian untuk mereka yang bermasalah kulit dan dapat menurunkan panas badan.


Tuesday, October 5, 2010

PARAMOTOR GLIDING @ LUNCUR UDARA BERMOTOR
Masih terlalu kecil bilangan pengemar atau pengiat sukan ini di Sabah, Sarawak apatah lagi di WP. Labuan. Di Semenanjung sukan ini memang sudah lama bertapak. Mungkin kerana kurangnya pendedahan tentang sukan ini. Sukan ini perlukan keberanian, kesungguhan, ketabahan dan minat yang mendalam. Tidak semua orang boleh terbang... hanya mereka sudah terbang sahaja memahami betapa seronoknya berada di udara menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Wujudnya satu perasaan yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata bila kita berseorangan berada di langit memandang ke bumi. Dari atas sana kita dapat melihat betapa besarnya ciptaan Allah. 

Sekali terbang... teruslah terbang selagi daya...

PARAMOTOR TRAINING ALBUM


1st TRAINING


Inilah motor yang membolehkan pilot
terbang meluncur di udara

Ini adalah helmet keselamatan yang lengkap dengan
sistem komunikasi radio untuk membolehkan
pilot dan instruktor berkomunikasi.

 
Inilah latihan asas pengendalian payung (Kiting)

 









2nd TRAINING



Kapten Jaa Bill (anak didik pertama RajaLangit) sedang memberi penerangan tentang teknik pengendalian payung.

 


 

3rd TRAINING






4th TRAINING - 1st TAKEOFF TRIAL






video
Percubaan pertama penerbangan gagal...

5th TRAINING - 2nd TRIAL TAKE-OFF







Percubaan kedua penerbangan juga gagal...
Langgar signboard huh! kenangan....

6th TRAINING - 3rd TAKE-OFF TRIAL

 


video
Yes! I Believe I Can Fly...!!

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih buat Kapten RajaLangit kerana berjaya melahirkan seorang lagi Juruterbang Luncur Paramotor, satu-satunya Juruterbang di Labuan pada masa ini.