KOLEKSI HERBA-HERBA DAN UBAT-UBATAN
Herba-herba dan tumbuh-tumbuhan hutan ini sering di gunakan oleh masyarakat Kadayan samada untuk tujuan menambah tenaga atau kesihatan atau pun untuk tujuan rawatan alternatif bagi penyakit tertentu. Tetapi sebelum mencuba atau menggunakan herba-herba atau tumbuhan hutan yang dinyatakan di sini, perlu mendapat nasihat orang-orang yang arif tentang cara penggunaannya. Salah cara penggunaan boleh menyebabkan kesan sampingan atau perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
SIRIH
1001 satu kegunaan.
HANJIWANG
Herba Mandian Ibu Selepas Bersalin
MISAI KUCING
Dipercayai boleh menurunkan Darah Tinggi dan melancarkan peredaran darah.
KUDUK-KUDUK
Dipercayai berkesan untuk menahan luka yang berdarah. Juga dapat menghilangkan kesan parut luka.
LANGGIYUH
Untuk mengaktifkan penghasilan dan melancarkan pengeluaran susu ibu yang baru bersalin.
Untuk mengaktifkan penghasilan dan melancarkan pengeluaran susu ibu yang baru bersalin.
MOYA
Dipercayai boleh menurunkan paras gula atau Kencing Manis.
PENGGAGA
Biasanya di makan sebagai ulam. Dipercayai boleh melambatkan kesan-kesan penuaan (Awet Muda) dan melancarkan pengaliran darah, menormalkan tekanan darah, membersihkan dan melawaskan kencing.
SAIMBANGUN
Sejenis herba mandian ibu-ibu yang baru bersalin. Boleh melancarkan pengaliran darah, memulihkan tenaga, mengurangkan rasa letih dan sakit-sakit badan.
PACAA @ POKOK INAI
Daunnya boleh dijadikan pewarna jari dan rambut (Inai). Selain itu iya juga boleh di jadikan mandian untuk mereka yang bermasalah kulit dan dapat menurunkan panas badan.
No comments:
Post a Comment